jika HATI sejernih AIr, jangan biarkan ia keruh,
jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung,
jika HATI seindah BULAN, jangan biarkan ia berlalu,
sempena bulan yang mulia ini,
hiasi HATI dengan keimanan.
selamat muenyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat ISLAM
sama-samalah kita tunaikan kewajipan dengan HATI ikhlas......
Sunday, August 23, 2009
HATI
Posted by rohana at 1:33 AM 0 comments
Friday, August 14, 2009
1 HARI
1 hari, aku akan tinggalkan kamu,
1 hari, aku akan lari daripada kamu,
1 hari, kamu akan menyesal kerana tidak memiliki aku,
1 hari, kamu akan tahu bahawaakulah segalanya untukmu,
1 hari, bila kamu menyedarinya,
kamu sudah terlambat untuk memiliki ku
kerana aku adaalah AL-QURAN sebagai panduan hidupmu,
maka carilah aku sebelum aku pergi ke PENCIPTAKU,
oleh itu, marilah kita renung-renungkan bersama.
Posted by rohana at 4:02 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
APABILA
Apabila aku kesepian, hiburkanlah aku dengan suaramu.
Apabila aku dalam kesesatan, kau selamatkan aku ke jalan yang benar.
Apabila aku sakit, ubati aku dengan belaian kasih sayangmu.
Apabila aku tiada lagi di dunia ini, sedekahkan doamu untuk mengiringi aku
Apabila aku dikuburkan, tamankan aku di dalam hatimu.
Sahabatku, jika persahabatan itu ikhlas dari hati ke hati, alangkah indahnya persaudaraan antara kita...........
Posted by rohana at 6:10 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
KESABARAN
Lalui kehidupan yang mendatang dengan penuh kesabaran kerana sabar adalah sesuatu yang paling berharga buat seorang insan bagi menghadapi dugaan yang diuji dari ILLAHI. jangan biarkan kesabaran itu jauh dari hidup kita, kelak kita akan ditimpa ujian yang lebih hebat dari ILLAHI, kita harus hadapi dengan hati penuh kesabaran kerana sabar itu separuh dari iman bagi seorang insan yang berilmu
Posted by rohana at 3:20 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
sahabat
Kejujuran memerlukan keikhlasan, keikhlasan memerlukan kesetiaan, kesetiaan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan persahabatan, persahabatan memerlukan kasih, kasih memerlukan sayang. Sayang akan lahir dari hati seorang sahabat kepada sahabat. Persahabatan yang akrab dan telus adalah persahabatan yang murni. Sebagai manusia yang dicipta oleh ILLAHI, sebagai umat yang dikasihi oleh ILLAHI, sebagai manusia yang kerdil di muka bumi ILLAHI, sebagai insan yang bergelar hamba ILLAHI. Oleh itu, kita sebagai manusia biasa perlu menjalinkan persahabatan sesama insan.
Posted by rohana at 7:01 AM 0 comments