setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan diri sendiri
jika kita mempunyai kelebihan yang luar biasa dari orang lain
semua orang akan memandang tinggi pada kebolehan kita
jika kita mempunyai kelemahan yang biasa dari orang lain
semua orang akan menghina pada kekurangan kita
sebagai manusia yang dicipta oleh ILAHI
kita tidak akan lari daripada melakukan perkara yang disukai dan dibenci orang
oleh itu kita perlu menjaga perlakuan dan pertuturan kita
agar menjaga keperibadian kita sebagai insan yang disayangi oleh semua orang
Sunday, October 25, 2009
Posted by rohana at 11:30 AM 0 comments
dalam hati ada cinta
dalam cinta ada kasih
dalam kasih ada sayang
dalam sayang ada rindu
dalam rindu ada sabar
dalam sabar ada iman
dalam iman ada ketaqwaan
dalam ketaqwaan ada keinsafan
dalam keinsafan ada ketabahan
ketabaahan mengajar diri kita dalam mencari ketenangan dan kedamaian
Posted by rohana at 11:17 AM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
JOM KE PAMERAN
jangan lupa datang ke galeri FSGK,di sana ada pameran
dijemput semua warga unimas, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua
Posted by rohana at 5:49 PM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
HATI
jika HATI sejernih AIr, jangan biarkan ia keruh,
jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung,
jika HATI seindah BULAN, jangan biarkan ia berlalu,
sempena bulan yang mulia ini,
hiasi HATI dengan keimanan.
selamat muenyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat ISLAM
sama-samalah kita tunaikan kewajipan dengan HATI ikhlas......
Posted by rohana at 1:33 AM 0 comments
Friday, August 14, 2009
1 HARI
1 hari, aku akan tinggalkan kamu,
1 hari, aku akan lari daripada kamu,
1 hari, kamu akan menyesal kerana tidak memiliki aku,
1 hari, kamu akan tahu bahawaakulah segalanya untukmu,
1 hari, bila kamu menyedarinya,
kamu sudah terlambat untuk memiliki ku
kerana aku adaalah AL-QURAN sebagai panduan hidupmu,
maka carilah aku sebelum aku pergi ke PENCIPTAKU,
oleh itu, marilah kita renung-renungkan bersama.
Posted by rohana at 4:02 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
APABILA
Apabila aku kesepian, hiburkanlah aku dengan suaramu.
Apabila aku dalam kesesatan, kau selamatkan aku ke jalan yang benar.
Apabila aku sakit, ubati aku dengan belaian kasih sayangmu.
Apabila aku tiada lagi di dunia ini, sedekahkan doamu untuk mengiringi aku
Apabila aku dikuburkan, tamankan aku di dalam hatimu.
Sahabatku, jika persahabatan itu ikhlas dari hati ke hati, alangkah indahnya persaudaraan antara kita...........
Posted by rohana at 6:10 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
KESABARAN
Lalui kehidupan yang mendatang dengan penuh kesabaran kerana sabar adalah sesuatu yang paling berharga buat seorang insan bagi menghadapi dugaan yang diuji dari ILLAHI. jangan biarkan kesabaran itu jauh dari hidup kita, kelak kita akan ditimpa ujian yang lebih hebat dari ILLAHI, kita harus hadapi dengan hati penuh kesabaran kerana sabar itu separuh dari iman bagi seorang insan yang berilmu
Posted by rohana at 3:20 AM 0 comments